Tarikh : 14/11/2011 (Isnin)
Masa : 9:00-10:00 Pagi ( 30minit)
Tahun : 5
Bilangan Murid : 14 orang
Tema : Unit 14 Dunia Di Hujung Jari
Tajuk Pelajaran : Jauh Tetapi Dekat
Objektif :
Pada akhir pelajaran murid dapat :
i. Menyampaikan cerita dengan sebutan, intonasi dan penghayatan yang baik.
ii. Membaca dan mengklasifikasikan jenis ayat yang memberi kesan.
Set Induksi :
Murid memperhatikan video
Kata Seru | Penggunaannya | Ayat Contoh |
aduh | menyatakan perasaan sakit atau hairan | Aduh, sakitnya kakiku! |
cis | menyatakan perasaan mengejek, tidak suka, atau marah | Cis, berani engkau mencabar aku! |
eh | menyatakan perasaan hairan atau terkejut | Eh, bila kamu sampai! |
hai | untuk menarik perhatian atau untuk menegur seseorang | Hai, lama saya tidak melihat kamu! |
oh | menyatakan perasaan hairan, terkejut, kecewa, dan sebagainya | Oh, kamu rupanya! |
nah | untuk menarik perhatian atau memberikan sesuatu | Nah, gunalah pensel saya ini ! |
oh | menyatakan perasaan hairan, terkejut, kecewa, dan sebagainya | Oh, kamu rupanya! |
wah | menyatakan perasaan kagum | Wah, bijak sungguh budak itu! |
amboi | menyatakan rasa hairan atau kagum | Amboi, murah betul barang- barang ini! |
ah | untuk menyatakan tidak setuju atau menolak sesuatu | Ah, saya tidak akan menurut kata-katanya itu! |
Ayat seruan yang terdapat dalam petikan:
Ayat 1: “Aduh, letihnya
badanku ini!”
Jenis Ayat: Ayat Seruan
Kesan : mengaduh
Alasan: Mat Jenin mengaduh
keletihan.
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran | |
Aktiviti Guru | Aktiviti Murid |
i) menayangkan video bertajuk Upin & Ipin ii) meminta murid menyatakan jenis ayat yang digunakan dan perbualan Upin dan Ipin. | - Murid-murid diminta menjawab soalan guru tentang tayangan tersebut. - Murid-murid diminta membaca tajuk hari ini iaitu mengklasifikasikan pelbagai jenis ayat yang memberikan kesan. |
i)meminta murid memperhatikan powerpoint yang ditayangkan dan mendengar perjelasan guru. ii)meminta murid membaca contoh-contoh ayat seruan dengan intonasi yang betul. | - Murid-murid diminta memperhatikan powerpoint dan mendengar penerangan guru tentang ayat seruan. - Murid-murid diminta membaca ayat-ayat seruan dengan intonasi yang betul. |
i)meminta murid membaca teks dengan sebutan yang betul iii) meminta murid mencari dan menyatakan ayat-ayat seruan yang terdapat dalam petikan. | - Murid-murid diminta membaca teks dengan sebutan yang betul. - Murid-murid diminta mencari dan menyatakan ayat-ayat seruan yang terdapat dalam petikan. |
i)mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid. | - Murid-murid diminta menyiapkan lembaran kerja. |
Refleksi :
Pengajaran dan pembelajaran hari ini dijalankan dengan lancar. Saya berasa sangat gembira kerana kebanyakkan murid dapat menyampaikan cerita dengan sebutan, intonasi dan penghayatan yang baik. . Seterusnya, murid-murid juga bekerjasama dalam kumpulan untuk mengklasifikasikan jenis ayat yang memberi kesan. Selain itu, murid-murid juga berasa sangat seronok dalam keseluruhan pengajaran dan pembelajaran .
Perkara yang perlu dibaiki:
Apabila aktiviti kumpulan dijalankan, saya dapat perhatikan kumpulan 4 tidak dapat menyatakan jenis ayat yang berkesan dengan betul. Untuk mengatasi masalah ini, saya akan memperbanyakkan contoh-contoh jenis ayat yang memberi kesan supaya mereka dapat memahami dan dapat mengklasifikan jenis ayat.
No comments:
Post a Comment