Search This Blog

Saturday 3 December 2011

Membina ayat berdasarkan gambar.

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu
Masa                  :    10:20-10:50 Pagi ( 30minit)
Tahun                :     5
Bilangan Murid  :     14 orang
Tema                 :     Malaysia Terbilang
Tajuk Pelajaran :     Petroleum Nasional
Objektif :
Pada akhir pelajaran murid dapat :
i.              Menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.

Fokus Utama:

Fokus Utama  :
8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.
Aras 1  (i) Menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan gambar.


Sistem bahasa:
Tatabahasa : Kata kerja
                       
Pengisian Kurikulum :
  1. Ilmu : Kajian Tempatan
  2. Penerapan nilai murni :  Kejujuran, berterima kasih, bekerjasama, hormat-menghormati.                         


Kemahiran Bernilai Tambah:
1.Kemahiran Berfikir       :menyelesaikan masalah menilai, menjana idea.

2.Teori Kecerdasan Pelbagai : verbal linguisitik
Pengetahuaan  Sedia ada : 
1) Murid-murid pernah membina ayat tunggal.
2) Murid-murid pernah membaca dan mempelajari kebanyakkan perkataan dalam teks   
ini.

Bahan Bantu Mengajar      : Buku teks , laptop, LCD, powerpoint , dan kertas mahjung.



Fasa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Nota
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Permulaan / Mencungkil idea
( 5 minit )
Memaparkan gambar. (Lampiran 1)
Soalan 1:
Apa yang murid-murid sedang lakukan?   
   -   menjawab  dengan  ayat yang  sempurna.

Jawapan:
Murid-murid sedang melakukan aktiviti gotong royong di kawasan sekolah.





i) memaparkan gambar
-  bergotong-royong
ii) meminta murid menjawab soalan.

-Murid-murid 
 diminta  menjawab  menjawab  dengan  ayat yang sempurna.
-Murid-murid diminta   membaca tajuk              
hari ini  iaitu menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.

                                           

Strategik / teknik :
Penyoalan seluruh kelas
Perkembangan Langkah 1
( 8 minit)





Teks :
Petroleum Nasional












i)meminta murid  
membaca  teks dengan sebutan yang betul dan cuba memahami teks itu.

ii)  meminta murid-murid  menyatakan 2 ayat tunggal dan 2 ayat majmuk yang terdapat dalam petikan.












-          Murid –murid diminta membaca teks dengan sebutan yang betul dan cuba memahami teks.
-          Murid-murid diminta  menyatakan 2 ayat tunggal dan 2 ayat majmuk yang terdapat dalam petikan.






Langkah 2
( 15 minit)








Aktiviti :
Berdasarkan gambar , bina tiga ayat tunggal dan tiga ayat majmuk. (lampiran 2)

Jawapan :
(Lampiran 3 dan 4)
 Hasil kerja murid (Lampiran 5)




 i) membahagikan murid kepada 4 kumpulan.
ii) meminta murid catatkan kata kerja, kata nama dan kata  adjektif berdasarkan gambar.
iii)meminta murid berdasarkan gambar , bina tiga ayat tunggal dan tiga ayat majmuk.


-       Murid-murid dibahagikan kepada 4 kumpulan.
-       Murid-murid diminta  catatkan kata kerja, kata nama dan kata  adjektif berdasarkan gambar.
-       murid diminta berdasarkan gambar , bina tiga ayat tunggal dan tiga ayat majmuk.
-       Wakil kumpulan masing-masing membacakan  hasil kerja.



Sikap saintifik / nilai murni :
Melibatkan diri secara aktif dengan gerak badan.

Penutup
( 5 minit)
Lembaran Kerja
(Lampiran 6)
  i)mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid.
-       Murid-murid diminta menyiapkan lembaran kerja.
Sumber :
Buku Latihan &
Aktiviti






























































































Lampiran 1


Lampiran 2                                                                                                                                          

Lampiran 3


Kata Kerja
Kata Nama
Kata Adjektif
merawat
Fatimah
sabar
mencuci
Kereta/pinggan mangkuk
bersih
memesin
rumpuh
panjang
menyapu
longkang
bersih
menjaga
Fatimah
baik
tidur
katil
nyenyak


Lampiran 4
Jawapan Ayat Tunggal:
  1. Doktor sedang merawat Fatimah.
  2. Ali sedang mencuci kereta di luar rumah.
  3. Ahmad sedang menyapu longkang yang tersumbat.

Jawapan Ayat Majmuk:

  1. Ayah dan ibu menjaga Fatimah dengan baik di dalam bilik.
  2. Siti mencuci pinggan mangkuk, manakala abangnya mencuci kereta.
  3. Tukang kebun memesin rumput yang panjang supaya halaman rumah kelihatan cantik.
Lampiran 5
Lampiran 6
Lembaran Kerja
Berdasarkan gambar membina 5 ayat yang lengkap .


REFLEKSI
PENGENALAN
Tajuk yang saya ajar ialah membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk. Dalam pengajaran, saya meminta murid-murid mencatatkan kata kerja, kata nama dan kata adjektif berdasarkan gambar. Kemudian, murid perlu nyatakan idea keseluruhan gambar tersebut dan  isi tersurat berdasarkan gambar  berpandukan kata kerja atau nama  dan kata adjektif yang dicatatkan. Seterusnya, membimbing murid menyatakan isi tersirat yang boleh memperluas  idea. Akhirnya, murid-murid dapat membina tiga ayat tunggal dan 3 ayat majmuk berdasarkan gambar yang diberi.
 

KEKUATAN
Kelebihan dan kekuatan yang dapat dikesan dalam menjalankan pengajaran ialah ketegasan dan kelantangan suara. Suara yang lantang akan memudahkan murid mendengar seterusnya membantu pemahaman murid terhadap apa yang disampaikan oleh guru. Selain itu, kelantangan suara juga menunjukkan ketegasan dalam menyampaikan sesuatu. Hal ini kemusian akan memberi kesan kepada tumpuan dan fokus murid. Murid akan lebih tertumpu kepada penyampaian isi pelajaran tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain. ketegasan dalam menyampaikan pelajaran juga akan membuatkan murid lebih hormat kepada guru.
            Kejelasan memberikan arahan juga merupakan kekuatan yang dikenalpasti dalam penyampaian pelajaran. Kejelasan penyampaian memainkan peranan dalam kefahaman murid. Hal ini sangat berkaitan dengan tindakan susulan murid. Arahan yang diberi jelas, memudahkan murid faham, seterusnya melakukan tugas mengikut arahan dan panduan yang diberikan. Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan kefahaman murid terhadap penyampaian guru berkenaan isi pelajaran.

KELEMAHAN
Kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan pengajaran ialah gambar yang ditunjuk tidak cukup besar. Masalah ini akan menyebabkan murid-murid yang duduk di belakang tidak dapat  lihat aktiviti dalam gambar dengan jelas.
            Kelemahan dan kekurangan seterusnya ialah masalah dalam pemantauan kelas. Guru didapati hanya berada di hadapan kelas sahaja tanpa memantau aktiviti murid di setiap penjuru kelas. Guru seharusnya berjalan dan memantau setiap aktiviti murid. Melalui cara itu, guru dapat mengawal keadaan dan suasana kelas dengan lebih baik. Selain itu juga, guru dapat membantu murid dengan lebih dekat.

LANGKAH MENGATASI
Setiap kelamahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambah baikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam pengajaran, penambah baikan yang perlu dilakukan ialah menggunakan ABM yang lebih besar dan jelas seperti gambar darjah supaya semua murid dapat lihat dengan jelas. Bahan bantu mengajar memainkan peranan yang penting kerana ia akan mengaruhi keberkesanan  pengajaran dan pembelajaran.
            Selain itu, guru perlu sentiasa bergerak dan berjalan ke setiap sudut kelas bagi memantau dan melihat setiap aktiviti yang dilakukan oleh murid ketika PnP berjalan. Kaedah ini sangat membantu guru dalam mengawal murid di dalam kelas, sama ada mengawal tingkah laku murid, atau membantu ketidak fahaman murid terhadap pelajaran secara seta merta. Perkara ini perlu dilakukan oleh setiap guru dalam proses PnP di dalam kelas. Ia menunjukkan interaksi dan komunikasi yang berkesan antara guru dengan murid.